Welcome to Homework Page | Selamat Datang ke Laman Homework

In the world of information technology, teaching and learning can happen anywhere and at anytime. Thus, this page is set up to fulfill students' educational needs while I am not around. It is expected that my students to get benefits from this page.

Di dalam dunia teknologi maklumat, proses pangajaran dan pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Oleh itu, laman ini di bina bagi memenuhi keperluan pendidikan pelajar saya ketika saya tiada di sekolah. Adalah diharapkan para pelajar dapat manfaat dari laman ini.

Friday, October 15, 2010

Soalan Latihan Intensif Sejarah 01 (5 Bahagia)

Arahan:
  • Pilih dan jawab satu sahaja soalan daripada 3 soalan di bawah.
  • Taipkan Nama, Jawapan dan email anda (sekiranya ada) di dalam ruangan yang disediakan.
  • Soalan hendaklah dijawab di dalam tempoh masa kelas intensif.
  • Anda dibenarkan untuk merujuk buku teks.
  • Sebarang masalah teknikal sila rujuk Encik Kairool Nizam.

Soalan 1:
Pembentukan negara bangsa di Eropah adalah mengikut sempadan rumpun bangsa.

  1. Jelaskan cara pembentukan Negara Bangsa Itali. (10 markah)
  2. Terangkan cara Otto Eduard von Bismarck membantu Negara Bangsa Jerman. (10 markah)

Soalan 2:
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, berlaku pula Perang Dingin yang melibatkan dua blok utama di dunia.

  1. Apakah yang anda faham tentang Perang Dingin? (4 markah)
  2. Huraikan perbezaan ideologi yang dapat dilihat antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis? (8 markah)

Soalan 3:
Proses pembinaan negara bangsa Malaysia adalah berasaskan empat ciri utama.
  1. Jelaskan ciri-ciri konsep negara bangsa Malaysia. (8 markah)
  2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan ciri-ciri yang terdapat di dalam konsep negara bangsa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. (12 markah)

~ SELAMAT MENJAWAB~


Soalan Esei Kelas Intensif Sejarah SPM
Nama:

First

Last
Email
No. Soalan:*
Sila pilih nombor soalan!
Esei:
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image][What's This?]

No comments:

Post a Comment